Selamat Datang Ke Akademi Emas Malaysia!

Selamat Datang Ke Akademi Emas Malaysia!

Selamat Datang Ke Akademi Emas Malaysia!



Pengenalan

 

Pusat Bertauliah

 

Akademi Emas Malaysia (AKEMA) adalah institusi pertama di Malaysia yang berfokus pada Seni & Kraf pertukangan emas di bawah pengiktirafan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) mengikut standard COPTPA (Code Of Practice For TVET Programme Accreditation). Akademi ini ditubuhkan untuk memenuhi keperluan industri barang kemas yang semakin berkembang dengan menyediakan latihan yang menggabungkan kemahiran tradisional dan kontemporari serta menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar emas yang berkualiti di peringkat antarabangsa.

Akademi Emas Malaysia (AKEMA) menawarkan program latihan kemahiran dalam bidang Seni & Kraf Barang Kemas yang direka khusus untuk memenuhi keperluan industri serta pelbagai latar belakang kemahiran peserta.

 

Program Yang Ditawarkan Yang Ditawarkan

i) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3

ii) Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

iii) Program Jangka Pendek (PJP) / Micro Credential

iv) Program Keusahawanan AKEMA

 

 

Peluang Kerjaya

 

Program dalam bidang Seni & Kraf Barang Kemas yang ditawarkan oleh Akademi Emas Malaysia (AKEMA) merupakan satu inisiatif dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang
diiktiraf serta bersedia menyumbang secara langsung kepada pembangunan industri barang kemas negara.

Program ini bukan sahaja membekalkan kemahiran teknikal yang menyeluruh kepada pelajar, malah turut membuka laluan ke arah pembangunan kerjaya, keusahawanan, dan peningkatan taraf sosioekonomi.

Dengan sokongan berterusan daripada agensi kerajaan, sektor industri, dan komuniti, AKEMA berhasrat untuk menjadi hab latihan utama dalam bidang seni dan kraf pertukangan emas di Malaysia. AKEMA percaya bahawa pelaburan dalam pembangunan kemahiran merupakan asas kepada kemajuan individu dan pemacu kemakmuran negara.

Semoga program ini akan menerima perhatian dan sokongan daripada semua pihak demi menjayakan matlamat pembangunan modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang pertukangan emas di Malaysia.